X

Objektif Pembelajaran

1. Objektif Umum

Membolehkan pelajar menguasai pengetahuan dan kemahiran asas menjahit kolar kemeja melalui penggunaan Modul Bimbingan Visual, Auditori dan Kinestetik (VAK) yang mengintegrasikan bahan multimedia interaktif dan bahan rujukan amali.

2. Objektif Khusus

Pada akhir penggunaan modul, pelajar dapat:

  1. Menerangkan konsep, fungsi dan jenis kolar kemeja dengan betul.
  2. Mengenal pasti bahan, alatan dan peralatan yang diperlukan untuk proses menjahit kolar kemeja berdasarkan kandungan modul yang disediakan.
  3. Menghuraikan langkah-langkah menjahit kolar kemeja mengikut urutan yang betul.
  4. Menganalisis prosedur pembinaan dan pemasangan kolar kemeja melalui video demonstrasi dan ilustrasi yang disediakan dalam modul.
  5. Melaksanakan proses menjahit kolar kemeja secara kendiri berdasarkan panduan langkah demi langkah yang disediakan dalam modul.
  6. Menilai hasil jahitan kolar kemeja berdasarkan aspek ketepatan ukuran, kekemasan jahitan dan kemasan akhir.
  7. Mengamalkan prosedur keselamatan semasa penggunaan alatan dan mesin jahit sepanjang aktiviti amali menjahit.
  8. Menilai tahap kefahaman sendiri terhadap proses menjahit kolar kemeja melalui aktiviti kuiz yang disediakan dalam modul.
X

Pilih Topik

Topik 1: Nota
Topik 2: Alatan
Topik 3: Komponen Kolar
Topik 4: Daun Kolar
Topik 5: Jahit Stand
Topik 6: Cantum
Topik 7: Pasang
Topik 8: Hasil
Nota Pembelajaran
Topik 1

Nota Pembelajaran

Memahami kolar kemeja secara mendalam

Apa Itu Kolar Kemeja?

Kolar kemeja ialah bahagian kolar yang berdiri tegak di sekeliling garis leher pakaian. Ia terdiri daripada dua bahagian utama: Collar Fall (daun kolar yang melipat) dan Collar Stand (badan kolar yang berdiri).

Fungsi Kolar Kemeja:

Memberikan penampilan formal, kemas dan profesional
Menyokong serta membingkai bahagian leher dengan anggun
Melengkapkan rekaan kemeja yang teratur
Menambah nilai estetika pakaian rasmi dan istimewa
Kolar kemeja ialah bahagian penting dalam pembinaan kemeja yang mempengaruhi fungsi dan estetika pakaian. Pembinaan kolar yang tepat membantu menghasilkan kemasan yang kemas serta memberikan penampilan yang lebih profesional kepada pemakai.

Jenis-Jenis Kolar Kemeja

Kolar Kemeja
Kolar Kemeja

Kolar tegak ialah kolar yang terdiri daripada bahagian kolar tegak (collar stand) dan daun kolar (collar fall). Kolar ini memberikan penampilan yang kemas, teratur dan profesional serta lazim digunakan pada kemeja formal.

Kolar Mandarin
Kolar Mandarin (Mandarin Collar)

Kolar Mandarin ialah kolar pendek yang berdiri tegak di sekeliling leher tanpa daun kolar yang melipat. Kolar ini memberikan penampilan yang ringkas, kemas dan moden.

Kolar Band
Kolar Band (Band Collar)

Kolar Band ialah kolar berbentuk jalur yang mengelilingi garis leher tanpa daun kolar. Reka bentuknya yang minimalis menjadikannya sesuai untuk penampilan kasual dan moden.

Kolar Nehru
Kolar Nehru (Nehru Collar)

Kolar Nehru ialah variasi kolar tegak yang berdiri rapat di leher tanpa daun kolar. Kolar ini sering digunakan pada pakaian tradisional dan moden untuk menampilkan gaya yang elegan dan sofistikated.

Gambaran Langkah Menjahit

Berikut ialah gambaran keseluruhan proses. Setiap langkah akan dijelaskan dengan lebih lanjut!
Nota Gambar Langkah Menjahit Kolar Kemeja
1
Menyediakan Komponen Kolar

a) Menyediakan Lapik Gam Kolar

1
Letakkan kedua-dua bahagian pola kolar (daun kolar dan kolar tegak) di atas kertas gam kanvas.
2
Sematkan peniti dan gunting mengikut bentuk pola tanpa mengambil basi kelim.
3
Lekatkan kertas gam yang telah dipotong pada sebelah dalam (SD) fabrik menggunakan seterika.
4
Tanda basi kelim 1.25 cm (½ inci) di sekeliling lapik gam menggunakan kapur tukang jahit.
5
Gunting fabrik mengikut tanda basi kelim yang telah dibuat.
6
Potong dua keping fabrik bagi setiap bahagian kolar.
2
Menyediakan Daun Kolar (Collar Fall)
1
Temukan kedua-dua keping daun kolar dengan sebelah luar (SL) berhadapan.
2
Sematkan peniti dan jahit bahagian kiri, atas dan kanan kolar rapat di sebelah lapik gam.
3
Trim basi kelim sehingga tinggal 0.5 cm.
4
Gunting kedua-dua penjuru kolar secara menyerong untuk mengurangkan ketebalan.
5
Terbalikkan kolar ke sebelah luar (SL) dan kemaskan bentuk penjuru.
6
Tekan dengan seterika sehingga rata dan kemas.
7
Jahit tindih satu tapak mesin pada bahagian kiri, atas dan kanan daun kolar.
3
Menyediakan Kolar Tegak (Collar Stand)
1
Kelepetkan basi kelim pada bahagian bawah salah satu keping kolar tegak.
2
Tekan lipatan menggunakan seterika.
3
Jahit tindih satu tapak mesin pada bahagian yang telah dikelepet.
4
Mencantum Daun Kolar pada Kolar Tegak
1
Lipat basi kelim pada bahagian bawah daun kolar untuk menentukan kedudukan hujung lapik gam, kemudian tandakan dengan kapur pada kedua-dua hujung.
2
Buat tanda tengah (notch) pada daun kolar dan kedua-dua keping kolar tegak.
3
Letakkan daun kolar di antara dua keping kolar tegak dengan menyamakan tanda tengah.
4
Selaraskan hujung atas lapik gam kolar tegak dengan hujung bawah lapik gam daun kolar.
5
Sematkan peniti dan jahit cantum rapat di sebelah lapik gam.
6
Trim basi kelim sehingga tinggal 0.5 cm.
7
Terbalikkan ke sebelah luar (SL) dan tekan dengan seterika sehingga kemas.
5
Mencantum Kolar pada Leher Kemeja
1
Buat tanda tengah (notch) pada bahagian bawah kolar tegak dan pada garis leher kemeja.
2
Temukan tanda tengah kolar tegak dengan tanda tengah garis leher kemeja.
3
Sematkan peniti dan jelujur jika perlu.
4
Jahit cantum kolar tegak pada garis leher kemeja.
5
Trim basi kelim sehingga tinggal 0.5 cm dan gunting notch pada bahagian melengkung jika perlu.
6
Terbalikkan kolar tegak ke sebelah dalam kemeja.
7
Masukkan dan kemaskan lebihan basi kelim ke dalam kolar tegak.
8
Sematkan peniti dan jahit tindih rapat (kasih satu mata jarum) mengelilingi kolar tegak.
9
Tekan dan kemaskan menggunakan seterika.
6
Hasil Akhir

Kolar kemeja siap dicantum dan dikemaskan dengan jahitan yang rata, kemas serta seimbang pada kedua-dua belah bahagian.

1 / 8
Alatan dan Bahan
Topik 2

Alatan dan Bahan

Semua yang diperlukan untuk menjahit

1
Pita Ukur
Pita Ukur
Mengukur panjang dan lebar fabrik dengan tepat.
2
Gunting Fabrik
Gunting Fabrik
Gunting khas untuk memotong fabrik.
3
Gunting Kertas
Gunting Kertas
Untuk memotong pola kertas.
4
Kacip Benang
Kacip Benang
Memotong benang lebihan dengan kemas.
5
Mesin Jahit
Mesin Jahit
Alat utama untuk jahitan.
6
Sekoci
Sekoci
Memegang gelendung benang bawah.
7
Gelendung
Gelendung
Menghasilkan benang bawah.
8
Seterika
Seterika
Menekan kolar agar kemas dan rapi.
9
Jarum Peniti
Jarum Peniti
Menyemat lapisan fabrik.
Pastikan bahan berkualiti baik! Pilihan fabrik dan benang yang betul sangat penting.
1
Pola Kolar
Pola Kolar
Templat kertas sebagai acuan.
2
Lapik Gam
Lapik Gam
Pengukuh yang dilekatkan dengan haba seterika.
3
Fabrik
Fabrik
Bahan utama kolar.
4
Kapur Jahit
Kapur Jahit
Menandakan garisan pemotongan.
5
Benang Jahit
Benang Jahit
Sepadan dengan warna fabrik.
2 / 8
Menyediakan Komponen Kolar
Langkah 1

Menyediakan Komponen Kolar

Menyediakan Lapik Gam Kolar

Video: Menyediakan Komponen Kolar
Cuci dan seterika fabrik terlebih dahulu sebelum memotong bagi mengelakkan susutan selepas dijahit!

a) Menyediakan Lapik Gam Kolar

1
Letakkan Pola di atas Kertas Gam

Letakkan kedua-dua bahagian pola kolar (daun kolar dan kolar tegak) di atas kertas gam kanvas.

2
Semat & Gunting Pola

Sematkan peniti dan gunting mengikut bentuk pola tanpa mengambil basi kelim.

3
Lekatkan Kertas Gam

Lekatkan kertas gam yang telah dipotong pada sebelah dalam (SD) fabrik menggunakan seterika.

4
Tanda Basi Kelim

Tanda basi kelim 1.25 cm (½ inci) di sekeliling lapik gam menggunakan kapur tukang jahit.

5
Gunting Fabrik

Gunting fabrik mengikut tanda basi kelim yang telah dibuat.

6
Potong Dua Keping

Potong dua keping fabrik bagi setiap bahagian kolar.

Potong 2 keping bagi daun kolar dan 2 keping bagi kolar tegak.
3 / 8
Menyediakan Daun Kolar
Langkah 2

Menyediakan Daun Kolar

Collar Fall — bahagian daun kolar yang melipat

Video: Menyediakan Daun Kolar
Daun Kolar (Collar Fall) ialah bahagian atas kolar yang melipat ke bawah di atas kolar tegak.

Langkah-langkah

1
Temukan Kedua-dua Keping

Temukan kedua-dua keping daun kolar dengan sebelah luar (SL) berhadapan.

2
Semat & Jahit

Sematkan peniti dan jahit bahagian kiri, atas dan kanan kolar rapat di sebelah lapik gam.

3
Trim Basi Kelim

Trim basi kelim sehingga tinggal 0.5 cm.

4
Gunting Penjuru Menyerong

Gunting kedua-dua penjuru kolar secara menyerong untuk mengurangkan ketebalan.

5
Terbalikkan & Kemaskan

Terbalikkan kolar ke sebelah luar (SL) dan kemaskan bentuk penjuru.

6
Tekan Seterika

Tekan dengan seterika sehingga rata dan kemas.

7
Jahit Tindih

Jahit tindih satu tapak mesin pada bahagian kiri, atas dan kanan daun kolar.

4 / 8
Menyediakan Kolar Tegak
Langkah 3

Menyediakan Kolar Tegak

Collar Stand — badan kolar yang berdiri tegak

Video: Menyediakan Kolar Tegak
Kolar Tegak (Collar Stand) berdiri tegak di sekeliling garis leher dan menyokong daun kolar di atasnya.

Langkah-langkah

1
Kelepetkan Basi Kelim

Kelepetkan basi kelim pada bahagian bawah salah satu keping kolar tegak.

2
Tekan dengan Seterika

Tekan lipatan menggunakan seterika.

3
Jahit Tindih

Jahit tindih satu tapak mesin pada bahagian yang telah dikelepet.

5 / 8
Mencantum Daun Kolar pada Kolar Tegak
Langkah 4

Mencantum Daun Kolar pada Kolar Tegak

Menggabungkan daun kolar ke dalam kolar tegak

Video: Mencantum Daun Kolar pada Kolar Tegak
Pastikan tanda tengah daun kolar selari tepat dengan tanda tengah kolar tegak sebelum dijahit!

Langkah-langkah

1
Lipat & Tanda Hujung

Lipat basi kelim pada bahagian bawah daun kolar untuk menentukan kedudukan hujung lapik gam, kemudian tandakan dengan kapur pada kedua-dua hujung.

2
Buat Tanda Tengah (Notch)

Buat tanda tengah (notch) pada daun kolar dan kedua-dua keping kolar tegak.

3
Letakkan Daun Kolar

Letakkan daun kolar di antara dua keping kolar tegak dengan menyamakan tanda tengah.

4
Selaraskan Hujung Lapik Gam

Selaraskan hujung atas lapik gam kolar tegak dengan hujung bawah lapik gam daun kolar.

5
Semat & Jahit Cantum

Sematkan peniti dan jahit cantum rapat di sebelah lapik gam.

6
Trim Basi Kelim

Trim basi kelim sehingga tinggal 0.5 cm.

7
Terbalikkan & Tekan

Terbalikkan ke sebelah luar (SL) dan tekan dengan seterika sehingga kemas.

6 / 8
Pasang Kolar pada Leher Kemeja
Langkah 5

Pasang Kolar pada Leher Kemeja

Mencantum kolar tegak pada garis leher kemeja

Video: Pasang Kolar pada Leher Kemeja
Pastikan tanda tengah kolar tegak betul-betul selari dengan tanda tengah garis leher kemeja!

Langkah-langkah

1
Buat Tanda Tengah (Notch)

Buat tanda tengah (notch) pada bahagian bawah kolar tegak dan pada garis leher kemeja.

2
Temukan Tanda Tengah

Temukan tanda tengah kolar tegak dengan tanda tengah garis leher kemeja.

3
Semat & Jelujur

Sematkan peniti dan jelujur jika perlu.

4
Jahit Cantum

Jahit cantum kolar tegak pada garis leher kemeja.

5
Trim & Gunting Notch

Trim basi kelim sehingga tinggal 0.5 cm dan gunting notch pada bahagian melengkung jika perlu.

6
Terbalikkan Kolar Tegak

Terbalikkan kolar tegak ke sebelah dalam kemeja.

7
Kemaskan Basi Kelim

Masukkan dan kemaskan lebihan basi kelim ke dalam kolar tegak.

8
Jahit Tindih Rapat

Sematkan peniti dan jahit tindih rapat (kasih satu mata jarum) mengelilingi kolar tegak.

9
Tekan & Kemaskan

Tekan dan kemaskan menggunakan seterika.

7 / 8
Hasil Akhir
Langkah Akhir

Hasil Akhir

Tahniah! Anda berjaya!

Selesai Semua Langkah!

Galeri Hasil

Senarai Semak

Collar Fall Kemas
Collar Stand Tegak
Cantuman Selari
8 / 8